Hi all! I'm looking a tutor for my P4 brother. His current tutor suddenly went missing without reasons. So, anyone outhere happen to know any good tutor to teach him Maths, English & Science for twice a week, Kindly let me know... Thank You Very Much!
INTERESTING ARTICLE...SHARING IS CARING  ======================================= Sesuai untuk renungan buat bakal-bakal yang mahu mendirikan rumahtangga terutama perempuan dan juga isteri-isteri.Pengajaran buat isteri-isteri.....jadi bila kat umah tu hiaslah diri.... Bak kata pepatah...JAGA DIRI HIASI PERIBADI.
Asssalamualaikum................
Bacalah sebagai renungan, iktibar, pengalaman dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagai isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami.............
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat didalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita di kaca mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi disudut hati mereka. mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, perwatakan saya biasa sahaja,tidak lah hodoh,sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan saya. Tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak-anak, sarapan utk suami,saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumah tangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya, saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa sahaja. Kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun, saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap sex.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan.. tetapi setelah di ketemukan bukti dan sebagainya baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan nya Apa kurangnya saya,dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya,saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja, dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanita nya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang-kadang rosak kerana memasak, rambut pulak kadang-kadang berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal tidak menarik dirumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap dirumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah,anak-anak. .... tiada topik menarik separti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal dan jauh disudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga. Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidak lah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. ======================================= Apa ke patut pengorbanan isteri dibalas sedemikan rupa...Ada lelaki, walaubagaimana hodoh pun, isterinya tetap setia bersama-sama menemani hingga ke akhir hayat. NI...tidak...ada lelaki rupa tak senonoh, badan dahlah gemuk tapi selera tinggi pulak, nak isteri yang menarik & cantik.....Yang ada class.....Alahai...kalau lah lelaki nak curang...isteri yang cantik macamanapun dia tetap akan curang...NO LIFE TIME GUARANTEE... P/S: Mudah-mudahan Allah selamatkan rumahtangga kita semua dari segala anasir-anasir jahat dan pancaroba dunia...Amin... 
Dear Friends We are currently doing delivery/transportation/removal services on part-time basis using our free time. We have several lorries & equipment to solve your moving needs. We cater from small to large scale of delivery and doing any kind of transportation inclusive of catering items, household, foreign students, tenants & expats.Our rates are reasonable from S$30 onwards depending on the nature of the job. Should you have or know anyone who needs moving services, please do not hesitate to call or email us for details Our operating hours:- Email: cahyasuci@gmail.com Contact: 90035280, Nur
 | $$$$$$$ | Jun 24, '08 6:51 AM for everyone |
MONEY MONEY MONEY !!! Is there anything more important other than money in this world?????? $$$ buat anak beranak renggang $$$ buat adik beradik tak bertegur sapa $$$ buat orang putus ukhwah $$$ buat orang lupa daratan $$$ buat orang bunuh diri $$$ buat orang sakit jiwa $$$ buat iman goyah Kini $$$ adalah segalanya Tanpa $$$ Aku Siapa Kau Siapa!
Lumrah manusia nie bermacam-macam...Terkadang sampai tidak boleh diterima oleh akal dan fikiran kita...Terkadang kita lupa bahwa bila kita rapat dengan seseorang/sekelompok kumpulan itu, kita merasa bahawa setiap apa kata mereka setiap apa perbuatan mereka kelihatan sahih dan betul bagi pemikiran kita.Manakala kalau orang/kelompok yang kita tidak berapa "favourite" atau "low class", apa sahaja yang dilakukan mereka tampak sama je, no difference, tak layak menerima penghargaan. Using our own brains to ponder, why must there be a class difference between us as human beings? Semua berdiri diatas bumi yang sama.Semua manusia buang angin, semua insan akan sakit, semua makhluk di bumi Allah ini pun akan pergi meninggalkan semua harta kekayaan, kaum-kerabat dan sahabat handai mereka suatu hari nanti. Allah s.w.t berfirman, artinya: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (QS. 31:18)
Ada orang bangga diri sendiri atau anak beranak dia cantik.Ada orang bangga akan kepandaian diri sendiri atau anak masing-masing.Ada orang bangga bila memegang jawatan tinggi.Ada orang bangga bila kaya atau banyak duit.Ada orang bangga bila ilmunya lebih dari orang yang dikenalinya.Ada orang bangga bila buat amalan nahi mungkar.Ada orang bangga anak-anak mereka lebih baik perangainya dari anak orang lain.Padahal semua itu tak dibawa mati. Malaikat tak mahu tanya pun, tentang kelebihan-kelebihan yang kau ada dalam dunia ini, yang mereka ambil peduli ialah amalan-amalan seharian kita pada Allah S.W.T dan akidah serta Tauhid kita pada Allah Azza Wajalla.Kalau setakat paras rupa yang menawan kemudian kelebihan yang Allah berikan tu kau tayangkan pada sekian manusia yang bukan muhrim, apalah gunanya...akhirnya masuk dalam kubur...sama juga...jadi juga rupa tengkorak, jadi bahan santapan juga cacing dan ulat...yang paling ngeri sekali, seksaan dalam kubur tu...sebab waktu hidup didunia hukum-hakam Allah dipermainkan, tak diendahkan...Bila cakap pasal agama semua orang lari.Semua orang tutup telinga.Bila cakap pasal maut, semua orang tak nak peduli.Semua cakap hal ghaib jangan dibahaskan... Nauzubillah Min Zallikk... Kenapa eh...apa dah jadi dengan muslim-muslim sekarang? Allah s.w.t berfirman, mafhumnya: "(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam” (QS. Az-Zumar: 72) Jadi berpada-padalah apa yang kita ada.Biar tak punya rumah dan kereta besar, tapi amalan yang dibawa mati biarlah besar pahalanya.Biar tidak cantik pada zahirnya tapi anggun pada batinnya.Jangan dirisaukan apa manusia lain punya, asal kita khuatirkan tentang kesudahan pada nasib kita nanti. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim) Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7) So, pada sesiapa yang nak tayang harta karun, nak bangga dengan paras rupa dan segala macam kelebihan yang ada fikir-fikirkanlah...Takkan kemananya apa yang kita ada tu...semuanya bahan pinjaman...sampai masa tinggallah kita semua apa-apa yang kita ada itu... .::Jazakallah::.
 Just for sharing. Insya'allah, Semoga dengan memahami erti Doa Talqin ini, bertambah keinsafan kita terhadap segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Amin Ya Rabbal Alamiin. ______________________________________ TALQIN YG MENGGERUNKAN Maksud talkin yang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia. Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. Bismillahhirrahmannirrahim. Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut Janganlah kamu berdukacita dan risau Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala Apabila mereka menyuruh kamu duduk, Mereka juga akan menyoal kamu Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul Janganlah berasa gementar, janganlah cuak Dan janganlah bergopoh-gapah Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, Malahan solah lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku, Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, Bahkan dari masa hidup hingga aku mati Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”. Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu Inilah dia suatu dugaan yang paling besar Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh Sehingga sampai satu masa kelak, Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Bahawasanya mati ini adalah benar Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar Minum di kolam air nabi adalah benar Ada syurga dan neraka adalah benar Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu Tuhan jua yang menetapkan hati kamu Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala Menjinakkan hati kamu yang liar Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, pasti akan mati - “Kullu nafsin za iqatul maut” Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr ___________________________________________________________________ Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…” ~zahraannur.wordpress.com~
 Prayers Needed For My Grandad's Health Condition Received a call this afternoon from Nek Lis that my grandfather (he's my late grandmom's brother) is critically ill. I'm totally dumbfounded. My mom & I will be visiting him tomorrow at Tanjung Pinang. We are not going to delay any moment to visit him and we do not want to feel the regrets IF anything ever happens to him (May Allah Forbids). For a moment please allow me to recall his life and what kind of person he is, He stayed with my late grandmother for years to lighten her burden as a single mom. She was a young widow when her husband died. For the sake of my grandmom's young children, he was always remained bachelor till his age reached 50+ years old, by then this generous old man decided to get married with a widow from Tanjung Pinang. Therefore he has no children with his current wife who has been looking after him all this while. He's a very humble,soft-hearted & quiet man. I would say that his dutiful wife is a person who definitely has a big heart, patience & not even a single second she ever leave my grandad alone. We're truly appreciate his wife's sacrifices, her loves, loyalty & sincerity in taking care of him. May Allah repay back all her good deeds & kindness towards my grandad. We are his only family. He has no one else except one step-daughter and a son who are also treating him like their own father in Tanjung Pinang. May Allah rewards them and preserve them in best of health and iman. Amin. Dear multipliers, I'd like to apologise if I'm asking too much from all of you... Let us uphold my dear grandfather, Hussin in prayer for his speedy and complete recovery. May Allah Ta`ala bestow great rewards for you in this world and in the hereafter. Thank You .::Jazakallah::.
Nak share kata-kata dari Ustaz Akhil Hayy
Orang Tua… Apabila orang tua nak mati lambat… Tak dapat minum madu telan minyak gamat… Orang Lelaki… Budak-budak muda pakai seluar ketat… Semua nak tunjuk kuat… Ada yg pulak gila judi, bila berjudi percaya unsur kurafat… Bila dah percaya unsur kurafat… Akhirnya hidup dia pulak yang melarat… Dah kalah judi, bila dah kalah judi, tali kasut pun lupa ikat… Rambut pun jarang sikat…
Orang perempuan… Pakai mini sekerat… Suka pakai baju ketat, suka pulak menunjukkan pusat… Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat… Pakai pulak yg sendat-sendat… Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat… Tak kira bujur, tak kira bulat… Sape lihat pasti tercegat… Bila dah tercegat silap gaya jadi gawat…
Bila dah jadi gawat… Bohsia bohjan lagi dasyat… Duduk jauh berkirim surat… Bila berjumpa tangan berjabat… Kemudian peluk erat-erat… Masa itu nafas naik tersukat-sukat… Tak pedulikan agama dan adat… Tak ditakuti Allah S.W.T dan malaikat… Yang penting apa kita nak buat, kita buat…
Akhirnya bila dah buat, perut kempis jadi bulat… Bila perut kempis jadi bulat.. Maka tunggulah lahirnya bayi tak cukop sifat… Bila saat-saat anak yang tak cukup sifat itu dilahirkan, malu dia, maka ketika itu kita tengok… Bayi di buang merata tempat… Bila dibuang merata tempat.. Maknanya ketika itu iblis mula melompat… Bila iblis melompat… Dia kata, “ Habis manusia da masuk jerat, Habis manusia telah tersesat… Inilah dia fenomena masyarakat… Oleh itu marilah para sahabat…
Marilah kita pakat mengingat.. Maka dunia hari ini makin singkat.. Esok atau lusa kita mungkin menghadapi hari kiamat… Sampailah masa kita semua akan berangkat… Berangkat menuju ke negara akhirat… Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat… Masa itu sendiri mahu ingat… Umur mu banyak mana buat ibadat… Zaman muda mu apa telah kamu buat… Harta benda darimana dapat… Ilmu hantar dekat mana munafaat…
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama. Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban. Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam doanya: “Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya’qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra’il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai.” Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi.” Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya.” Allah menjawab dengan firman-Nya: “Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?” Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung.” Allah berfirman: “Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari.” Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung. Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki “Yahya Pembaptis”. Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri. Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu. Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu.” Herodia menjawab: “Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini”.Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra’il seluruhnya. Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga ayat 90. *Wallahuallam*
 | Syukur | Jul 20, '07 5:08 PM for everyone |
Aku Cari Bintang Yang Ku Temukan Kepekatan Hitam Malam
Ku Cari Awan Yang Ku Temukan Hanyalah Kekabus Mendung Nan Tebal Ku Cari Pelangi Yang Ku Temukan Hanyalah Rembisan Air Hujan Yang Membasahi Bumi Dimanakah Kamu Bintang? Dimanakah Kamu Awan? Dimanakah Kamu Pelangi? Mengapa Kamu Semua Bersembunyi? Tidak Sudikah Kalian Berteman Dengan Ku? Aku Terlalu Mengharap Kehadiran Kamu Buat Penyeri Layaran Bahtera Hidup Ku Kalian Sampaikanlah Pada Aku Dimana Silap Ku? Apakah Kekurangan Ku? Dalam Keresahan Aku Melamun Dalam Kegelisahan Aku Bermenung Dalam Kepasrahan Aku Menangis... Ku Dengar Suatu Suara Memanggil "Apakah Masih Tidak Cukup Nikmat Yang Ku Hulurkan Pada Mu?" "Apakah Kau Masih Ingin Meratapi Nasibmu Yang Kau Anggap Malang Ini?" "Apakah Kau Masih Belum Puas Dengan Segala Pemberian-Ku Selama Ini?" Kepala Ku Dongakkan.. Ku Pandang Kanan Ku Pandang Kiri Aku Kebingungan Fikiran Tak Keruan Dalam Hati Terusik Kesayuan  "Tapi Aku Telah Menurut Suruhan Dan Perintah-Mu Tiada Siapa Lagi Yang Ku Pinta Hanya Dari Mu Kerna Hanya Dikau-Lah Yang Dapat Mengabulkan Permintaan Ku Namun Berapa Lama Lagikah Harus Aku Lalui Penantian Ini???" "Bertaubatlah Dikau Dengan Sebenar-Benar Taubat" "Sucikanlah Hati Mu Sesuci Telaga Kautsar" "Sesungguhnya Permintaan Hamba-Hamba Ku Tidak Pernah Aku Hiraukan" "Bersabar Dan Berdoalah Pada-Ku Nescaya Akan Ku Kabulkan Jua Permohonan Mu" Kepala Ku Dongakkan Dan Kali Ini Ku Lihat Kilauan Betapa Aku Bisa Melihat Mentari Dengan Sepasang Mata Ku Betapa Aku Bisa Berkata-Kata Dengan Mulut Ku Betapa Ku Bisa Berdiri Dengan Sepasang Kaki Ku Betapa Aku Bisa Mendengar Dengan Telinga Ku Betapa Aku Bisa Bersalam Dengan Kedua Tangan Ku Dan Betapa Aku Berada Disini, Dimuka Bumi ini Kerana Nyawa Yang Masih Hidup Didalam Jasad Ku Ku Sadari Itu Semua Adalah Nikmat Mu Yang Maha Agung Maka Mulai Dari Saat Dan Detik Ini Aku Berjanji Tidak Akan Berputus-Harapan Untuk Berdoa Dan Meminta Dari Mu Aku Berjanji Untuk Bersabar Atas Segala Dugaan Yang Kau Limpahkan Buat Ku Aku Berjanji Untuk Terus Setia Dan Tidak Akan Berpaling Dari Mu.. Kuatkanlah Hati Ku , Tabahkan Jiwa Ku Hanya Dikau Tempat Ku Mengadu Hanya Dikau Mendengar Rayuan Hati Ku Jangan Kau Berpaling Dari Ku... Ku Mohon Pada-Mu..... Sesungguhnya Dikaulah Tuhan Yang Maha Pengampun,Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Salam buat smua ukhti-ukhtiku sayang Buat pengetahuan smua,bila saja kalian baca blog ni aku mungkin masih dalam perjalananan menuju ke Kuala Pillah,Negeri Sembilan (Ooops ... bukan K.L!).Doakan semoga keluarga kami selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.Jam 2.35 pagi mak hubungi aku bahawa datuk ku sebelah abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal pagi tadi. Innalillahi Wainnalillahi Rajiuun. Rasa hati memang tak sedap dari semalam sejak mendapat tahu datuk jatuh dari bilik air. Doktor menyatakan buah pinggang datuk parah tercedera.Namun doktor telah mengesahkan datuk sudah tidak bisa diubat lagi dan mengizinkan anak-anak datuk yang lain (adik beradik tiri bapak aku) bawa pulang datuk.Ini yang telah diberitahu oleh mak menurut perbualannya dengan nenek semalam.Jadi,sebentar lagi jam 7pagi aku dan pakcik makcik akan berkumpul di Check Point dan berangkat dengan bas yang paling awal dari Woodlands. Minta jasa baik ukhti-ukhtiku smua, Sedeqahkan Al-Fatehah buat Allahyarham Datuk ku Abdullah Tahar Hussain Semoga Rohnya tenang dibawah naungan rahmat dari yang Maha Esa. Insya'allah Amin  P/S : Datuk saudara ku (sebelah mak) juga telah ditimpa musibah yang sama -> (jatuh dari bilik air) pada malam Sabtu kelmarin dan kini sedang menjalani rawatan di hospital CGH Singapura akibat pendarahan dan luka dibahagian mukanya. Jasa baik ukhti-ukhti mendoakan cepat kesembuhannya amat-amat aku hargai. Syukran Jazillan Jazakumullahu khairan jazaa'
ain cuma nak peringatkan teman-teman bahawa hidup ini tidak hanya diselimuti keindahan semata.Dan ternyata bukanlah namanya hidup andai kita asyik diulit kesenangan sahaja.Tahukah teman bahawa musibah yang menimpa kita selalunya tidaklah setanding dengan insan-insan lain yang lebih buruk nasibnya.Cuba kita fikirkan sejenak,apa kita sahajakah didunia ini yang bernasib malang??? Apakah hanya kita seorang yang menghadapi musibah demi musibah dan meratapinya setiap detik dan masa hingga kita sentiasa mengenepikan perasaan orang dan asyik-asyik menyalahkan orang lain bila hati kita terluka??? Bukankah Allah SWT telah menganugerahkan semua manusia didunia ini lengkap dengan akal fikiran yang waras supaya kita dapat muhasabah diri dan cuba mencari kesilapan diri sendiri sebelum menunding jari dan tak henti-henti menyalahkan orang lain.Muhasabah diri bererti cari kekurangan diri sendiri atau periksa kesilapan yang pernah kita lakukan pada orang lain sebelum asyik-asyik nak meratapi nasib.Harusnya kita bersyukur bahawa Allah SWT kerana masih memberi kita semua nikmat kehidupan yang sesungguhnya tidak ternilai harganya.Tidak pernahkah terlintas difikiran kamu bahawa musibah yang menimpa dirimu adalah suatu pembalasan diatas penganiayaanmu pada insan yang dhaif lagi lemah??? Fikir-fikirkanlah ya,ukhtiku sayang ========================================== "Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan."
Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.
Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.
Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh oranglain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.
Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan.
Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan. Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita..." ========================================== Ukhwah atau persaudaraaan adalah suatu nikmat yang sangat besar yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit atau diwarisi oleh orang lain. Persaudaraan adalah roh yang dihidupkan Allah dalam hati orang-orang yang beriman seperti dalam mafhumnya :
"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".(Surah Al-Anfal :63)
Konsep uhkwah itu adalah berkasih sayang.Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud.. "Roh-roh itu bagaikan angkatan bala tentera. Mana-mana askar yang berkenalan antara satu samalain akan bersatu dan mana-mana yang tidak mengenali antara satu sama lain akan berselisih." Hadith Bukhari dan Muslim
Ukhwah menuntut pengorbanan sebagaimana dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda" seorang muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain.Janganlah ia manganiayanya, jangan pula menyerahkannya kepada musuhnya. Barangsiapa memberi pertolongan akan hajat saudaranya, maka Allah selalu menolong dalam hajatnya.Dan barangsiapa memberi kelapangan kepada seseorang muslim dari sesuatu kesusahan, maka Allah akan melapangkan orang itu dari sesuatu kesusahan dari sekalian banyak kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari Kiamat."
Justeru sahabat-sahabat seperjuangan, marilah kita merenung kembali sejauh mana jalinan ukhwah kita selama ini.Adakah ketiga-tiga rukun usrah (ta'aruf, tafahum, ta'awun) telah kita hadami bagi memastikan kelangsungan ukhwah kita diberkati...." ========================================== .::Jazakamullah::.
If there really is no Hell, then where do unrepentant sinners go when they die? Do you think YAHUVEH would let them into Heaven? ---------------------------------------------------------------------------- Breaking the old news (Sama-sama kita mengambil iktibar dari berita ini) ************************************************************************************ These details are from the translation of an article in a Finnish newspaper named 'Ammennusatia'.
A geological group who drilled a hole about 14.4 kilometers deep in the crust of the earth are saying that they heard human screams. Screams have been heard from the condemned souls from earth's deepest hole. Terrified scientists are afraid they have let loose the evil powers of hell up to the earth's surface.
'The information we are gathering is so surprising, that we are sincerely afraid of what we might find down there,' stated Dr Azzacov, the manager of the project in remote Siberia.
'The second surprise was the high temperature they discovered in the earth's center. 'The calculations indicate the given temperature was about 1,100 degrees Celsius, or over 2,000 degrees Fahrenheit,' Azzacov pointed out. 'This is far more then we expected. It seems almost like an inferno of fire is brutally going on in the center of the earth.
'The last discovery was nevertheless the most shocking to our ears, so much so that the scientists are afraid to continue the project. We tried to listen to the earth's movements at certain intervals with supersensitive microphones, which were let down through the hole. What we heard turned those logically thinking scientists into a trembling ruins. It was a sometimes a weak, but high pitched sound which we thought to be coming from our own equipment,' explained Dr Azzacov.
'But after some adjustments we comprehended that indeed the sound came from the earth's interior. We could hardly believe our own ears. We heard a human voice, screaming in pain. Even though one voice was discernible, we could hear thousands, perhaps millions, in the background, of suffering souls screaming. After this ghastly discovery, about half of the scientists quit because of fear. Hopefully, that which is down there will stay there,' Dr Azzacov added.
'What really unnerved the Soviets, apart from the voice recordings, was the appearance that same night of a fountainhead of luminous gas shooting up from the drill site, and out of the midst of this incandescent cloud pillar a brilliant being with bat wings revealed itself with the words (in Russian): 'I have conquered,' emblazoned against the dark Siberian sky.
'The incident was absolutely unreal; the Soviets cried out in terror,' says Mr. Nummedal. Later that night, he saw ambulance crews circulating in the community. A driver he knew told him that they had been told to sedate everybody with a medication known to erase short term memory. The Soviets use this drug in the treatment of shock victims.
* * * * * * * "As a communist I don’t believe in heaven or the Bible but as a scientist I now believe in hell," said Dr. Azzacove. "Needless to say we were shocked to make such a discovery. But we know what we saw and we know what we heard. And we are absolutely convinced that we drilled through the gates of Hell!"
Dr. Azzacove continued, ". . .the drill suddenly began to rotate wildly, indicating that we had reached a large empty pocket or cavern. Temperature sensors showed a dramatic increase in heat to 2,000 degrees Fahrenheit." "We lowered a microphone, designed to detect the sounds of plate movements down the shaft. But instead of plate movements we heard a human voice screaming in pain! At first we thought the sound was coming from our own equipment."
"But when we made adjustments our worst suspicions were confirmed. The screams weren’t those of a single human, they were the screams of millions of humans! * * * * * * *
Do you know why Jacques Costeau, the famous underwater explorer, quit deep sea diving sometime before he died? It is said that he stopped because he had heard in one of the underwater caves he was exploring, the sounds of people screaming.
There was also another time, when one of his men, who was in a diving bell in the deepest trench at the Bermuda Triangle, also had a similar experience. He signaled to be brought up immediately. After being revived from his shock, he told others of his frightening experience of hearing "screams of people in pain". Click HERE to listen the "SOUNDS OF THE HELL" Please be patient.The "Voices of the hell" will be the last part of the clip. **************** Wallahuallam **************** Dear people,I'd appreciate if you could leave a comment once you listen to the clip. Tell me what you believe. ~Thank You~ Sources found @ amightywind.com 
| |